Jumaat, Mac 15, 2013

FKAB : KEBAJIKAN MAHASISWA TETAP KEUTAMAAN KAMI

MPP Mustapha bersama En. Zaidi Mohd Noor.

“Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan pula hendak peroleh  sagunya” peribahasa melayu ini menggambarkan usaha MPP PMUKM,Mustapha Kamil Husen dengan kerjasama Exco Kebajikan Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA) dalam memastikan kebajikan mahasiswa FKAB terjaga.

Pada awal bulan oktober 2012 kerjasama PMUKM dan PEMATRA telah berjaya melancarkan Bulan Kebajikan FKAB yang bertujuan :-
1)    Mengenalpasti permasalahan prasarana yang timbul di fakulti
2)    Mengenalpasti kemudahan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar
3)    Mengenalpasti prestasi kebajikan yang disediakan di fakulti

Hasil daripada pelancaran Bulan Kebajkan FKAB, satu laporan lengkap telah berjaya direkodkan. Isi kandungan laporan tersebut termasuklah analisis berdasarkan borang soal selidik, kompilasi aduan dalam sebulan (sejumlah 157 aduan Berjaya dikumpulkan), dan analisis aduan.

Melalui bantuan En. Zaidi Mohd Noor Ketua Penolong Pendaftar (Pentadbiran dan Prasiswazah), FKAB dan Puan Nooraini Ahmad @ Zakaria Pegawai Sains, Pejabat Dekan (Bahagian Infrasturktur), FKAB laporan tersebut berjaya dibawa ke Mesyuarat Kedekanan Bil.1/2013 pada Januari 2013.

Akhirnya, suara mahasiswa diterima dengan baik apabila 9 tuntutan dan keperluan :-
1. Capaian internet
2. ATM Bank Islam,
3. Prasarana Dewan Kuliah dan ruang belajar,
4. Kemudahan Water Cooler,
5. Laluan Berbumbung (Manifesto MPP),
6. Kemudahan lampu,
7. Pakir pelajar,
8. Kemudahan mencetak dan salinan
9. Surau wanita (bangunan akademik)
Diterima baik dan akan dilaksanakan secara bersama oleh pihak pentadbiran, PMUKM dan PEMATRA.

Untuk memastikan kelancaran gerak kerja satu jawatan kuasa pemantau yang diketuai oleh Mohammad Irfan bin Ishak Ahli Exco Kebajikan PEMATRA diwujudkan bertujuan menilai samada kemudahan tersebut disediakan dengan baik dan berkesan.
PMUKM dan PEMATRA mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan sebarang aduan daripada pelajar-pelajar FKAB demi membantu memperbaiki tahap kebajikan di fakulti.





Mustapha Kamil Husen Abd Kadir
MPP FKAB
Pengerusi Biro Perhubungan & Antarabangsa PMUKM
Merangkap
NYDP1 PEMATRA UKM




AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI