Jumaat, Mac 08, 2013

UKM4PALESTINE : KONVENSYEN MAHASISWA PERINGKAT NASIONAL TERCAPAI

Barisan Sekretariat UKM4Palestine

KLCC, 2 Mac 2013 - Sekretariat UKM4Palestine bersama-sama Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), perwakilan Kelab Sahabat Aqsa UKM, Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), PEMBINA UKM, serta beberapa orang perwakilan kolej telah hadir ke 1st Conference on Evolution for Palestine yang bertempat di Kuala Lumpur City Centre KLCC. Program ini adalah salah satu langkah Sekretariat UKM4PALESTIN bagi merealisasikan resolusi yang ketiga iaitu Konvensyen Mahasiswa Berperingkat Nasional.

Konferen ini telah dihadiri oleh delegasi dari Palestin, beberapa badan bukan kerajaan (NGO), serta beberapa wakil pelajar dari IPTA berhampiran. Turut hadir adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara perkara yang diketengahkan adalah berkaitan ekonomi, akademik, serta pembangunan sosial Negara Palestin.

Sekretariat UKM4palestine ingin menyampaikan sejuta penghargaan kepada wakil-wakil persatuan dan kolej yang sudi bersama-sama kami mewakili UKM ke konferen ini. InsyaAllah moga input-input yang diperoleh setiap perwakilan akan dapat dikongsikan dengan mahasiswa mahasiswi UKM yang lain.

MPP Mukhsen Abd Kadir
Pengerusi Biro Perhubungan dan Antarabangsa
PMUKM Sesi 12/13

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI