Selasa, Mac 12, 2013

MPP FST 1/2 USAHA SELESAIKAN MANIFESTO : WIFI DIBEKALKAN

MPP Marwan bersama
Pengarah PTM UKM.
PTM UKM, 4 Mac – MPP Fakulti Sains & Teknologi (FST) 1/2, Marwan bin Mohd Khir telah membawa satu pertemuan dengan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UKM, Prof. Madya Dr. Mohamad Shanudin Zakaria dan juga wakil daripada Unit Pengurusan Rangkaian dalam memperjuangkan manifesto beliau iaitu memasang jaringan internet wireless di Pusat Aktikiti Pelajar FST.

Pada 1 Mac (Jumaat) yang lepas, MPP Marwan telah berjumpa dengan Timbalan Dekan (Prasiswazah & Alumni) FST, Prof. Dr. Shahidan Radiman untuk membincangkan pemasangan jaringan internet wireless di Pusat Aktikiti Pelajar FST. Beliau menerima baik manifesto MPP Marwan dan sama sekali menyokong penuh usaha memohon pemasangan jaringan internet wireless di bilik tersebut.

4 Mac (Isnin), Pengarah PTM menerima baik permohonan yang diutarakan MPP Marwan dan beliau terus memanggil wakil daripada Unit Pengurusan Rangkaian, En. Wan M. Zulkhir untuk menerangkan permasalahan yang berlaku. MPP Marwan telah menggesa agar proses pemasangan jaringan internet dipercepatkan.

Menurut En. Wan, proses ini memakan masa 2 ke 3 minggu kerana melibatkan proses untuk mendapatkan kelulusan sebut harga dan pemilihan kontraktor daripada pihak Bendahari UKM. MPP Marwan yang juga merangkap Pengerusi Exco Informasi & Teknologi PMFST begitu komited dalam menjaga hal kebajikan pelajar FST di samping melunaskan manifesto beliau pada Pilihan Raya Kampus yang lepas.

MPP Marwan juga berusaha keras untuk ‘rebranding’ Pusat Aktiviti Pelajar FST semula agar menjadi lebih kondusif sebagai ‘Student Centre’ pelajar FST yang rasmi. Proses ini sedang dijalankan dari semasa ke semasa. Antara yang telah diusahakan iaitu mendapat kelulusan daripada pentadbiran FST untuk menyediakan akhbar harian (Berita Harian dan The Star) dan majalah bulanan (Kosmik dan Dewan Siswa) untuk bilik tersebut.
MPP Marwan bersama Prof. Dr. Shahidan Radiman. (1 Mac)
Prof. Madya Dr. Mohamad Shanudin Zakaria
Pengarah Pusat Teknologi UKM
En. Wan M. Zulkhir
Wakil Unit Pengurusan Rangkaian
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI