PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Disember 31, 2009

MPP Mahasiswa Cakna Kebajikan Mahasiswa


Assalamualaikum w.b.t. dan salam perpaduan

Terima kasih kepada sahabat-sahabat mahasiswa yang telah menyumbang untuk membantu sahabat kita yang kesusahan. Wakil MPP Fakulti Pengajian Islam, Saudara Mohd Idris Mohd Yusof yang juga Presiden ISIUKM telah bertemu beliau bagi menyampaikan sumbangan daripada mahasiswa/i UKM yang prihatin melalui kutipan yang dibuat oleh pihak Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPP FPI).

Alhadulillah, sumbangan yang telah diterima dan disampaikan sebentar adalah sebanyak RM1013.50, hasil kutipan pihak sekretariat daripada mahasiswa dan RM100 melalui Lajnah Kebajikan dan Akademik, Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM). Setakat ini jumlah sebanyak RM1113.50 telah disampaikan.

Sebelum daripada itu, salah seorang sahabat kita, mahasiswa tahun 2, Fakulti Pengajian Islam menghadapi masalah kewangan. Beliau memerlukan RM1265.00 bagi menjelaskan yurannya yang tertunggak semester lepas untuk meneruskan pengajiannya. Ada dua pilihan untuknya, 1) bayar baki yuran yang belum langsai atau 2) tangguhkan pengajian.

Sahabat kita ini dari Indonesia. Beliau berasal dari keluarga yang agak susah di Indonesia. Ibunya bekerja secara kecil-kecilan untuk menyara dua adik beliau di sana. Hari ini, beliau menyambung pengajiannya di UKM tanpa mana-mana tajaan. Masalah kewangan menyebabkan beliau bekerja sebagai buruh kasar pada hujung minggu atau masa lapang bersama sepupunya.

Justeru, pihak MPP Mahasiswa amat mengalu-alukan jika masih ada yang ingin menyumbang kerana setakat ini, jumlah tadi adalah untuk melangsaikan yuran pengajian beliau yang lepas. Beliau masih memerlukan bantuan untuk membayar yuran semester ini dan akan datang.

Terima Kasih. Semoga ALlah s.w.t. membalas jasa kalian.

Mafhum Hadis :

"Kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang sahabat yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia, ikhlas kerana Allah, pertolongan ini adalah lebih baik dari kamu beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan berpuasa di siang hari, membaca al-Quran dan solat sunat".