PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Selasa, Jun 23, 2009

Pelajar ditemui mati di kolej UKM-UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini.


Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.


“Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.


“Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.


Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat sarjana jurusan Sains Kimia. – Bernama (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm)


Al-Fatihah khas buat Allahyarhamah Siti Farihan Mohd Hasan

Kami di pihak MPP-MAHASISWA mengucapkan takziah kepada keluarga Siti Farihan Mohd Hasan yang juga seorang pelajar Masters dalam jurusan Sains Kimia Fakulti Sains dan Teknologi atas kembalinya Allahyarhamah ke Rahmatullah awal pagi tadi akibat kemalangan yang berlaku di Kolej Pendeta Za'ba. Punca kemalangan masih lagi didalam siasatan Pihak Polis.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang orang yang soleh dan solehah.


MPP-MAHASISWA mengambil kesempatan untuk berpesan kepada seluruh warga kampus UKM yang dicintai serta disanjungi ini agar sentiasa menjaga keselamatan diri dimana jua berada.

Al-Fatihah.....khas buat Allahyarhamah Siti Farihan Mohd Hasan.

Selasa, Jun 09, 2009

Sekalung Tahniah dan Syabas..!!!!

Y.Bhg Prof. Tan Sri Datuk Dr.Sharifah Hapsah Binti Syed Hassan Shahabudin

Naib Canselor UKM

MPP Mahasiswa dan seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada Naib Canselor UKM, Y.Bhg Prof. Tan Sri Datuk Dr.Sharifah Hapsah Binti Syed Hassan Shahabudin diatas perkenan SPBDYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa galaran TanSri kepada Naib Canselor UKM bersempena ulangtahun kelahiran baginda. Seluruh mahasiswa UKM tumpang berbangga dan bergembira diatas kurniaan ini dan diharapkan ianya akan menjadi batu loncatan kepada UKM untuk menjadi Universiti terkehadapan di Malaysia dan antarabangsa.


"Gemilang UKM untuk Malaysia di Persada Antarabangsa"