Jumaat, Mac 29, 2013

UKM KL : PERKHIDMATAN KLINIK PANEL DITAMBAH BAIK


UKM KL, 28 Mac 2013 - Isu perkhidmatan klinik panel UKM Kampus KL (Klinik Reddy) kurang memuaskan. Jadi, MPP Ahmad Khidhir bin Ismail telah menghantar surat permohonan penambahbaikan kepada Timbalan Pendaftar UKM, En. Musa Zainal Abidin. Perkara tersebut disambut baik oleh En. Musa dan tindakan susulan telah diambil.

Sehubungan dengan itu, satu survey telah dijalankan untuk mendapatkan maklum balas dan aduan daripada mahasiswa/i UKM KL sendiri dalam isu yang berlaku ini. Hasil survey tersebut telah dibincangkan di dalam satu perjumpaan secara santai yang telah diadakan bersama pegawai daripada Pusat Kesihatan UKM, iaitu Dr. Kamal dan juga Tuan Helmie Othman bersama MPP GMUKM iaitu MPP Ahmad Khidhir bin Ismail, MPP Muhammad Hazrin bin Husin dan MPP Nur Lailatul Fitri binti Othman.

Berikut merupakan hasil perbincangan tersebut; Klinik Reddy akan terus menjadi Klinik Panel Pelajar UKM KL tetapi, pihak pusat kesihatan akan mengambil tindakan untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan di klinik tersebut. Satu lagi klinik akan disurvey oleh pihak pusat kesihatan untuk ditambah menjadi klinik panel yang kedua yang lebih dekat dan mudah untuk pelajar mendapatkan rawatan. Pihak MPP telah memberi cadangan Klinik yang berhampiran sebagai tindakan kepada pihak pusat kesihatan.

Selain itu, cadangan dan aduan yang telah diutarakan oleh pelajar dalam ruang cadangan dan aduan online sebelum ini telah pun diberi kepada pihak pusat kesihatan dan telah disambut baik oleh pihak mereka. Antara cadangannya adalah menyediakan pengangkutan kepada pelajar ke klinik dan membina klinik kesihatan di Kolej. Cadangan ini disambut baik oleh pihak pusat kesihatan. Tetapi ia akan mengambil masa yang agak panjang bagi menjayakannya. Jadi tindakan awal adalah mengadakan klinik panel yang berhampiran untuk pelajar.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI