Isu ragut dan kecurian
semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. PMUKM telah mengambil inisiatif dengan membuat pertemuan dengan Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM baru-baru ini berakhir dengan penyerahan resolusi
kepada pihak keselamatan Wisma Aman bagi menambah baik dan memperketatkan lagi sistem
keselamatan yang sedia ada dijalankan dalam UKM.(klik di sini )
Namun, di pihak mahasiswa khususnya siswi haruslah mempunyai inisiatif sendiri bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini sebelum menimpa diri anda, "Mencegah Lebih Baik daripada Merawat". Nasihat daripada pihak keselamatan Wisma Aman, laporkan segera sebarang permasalahan yang menimpa diri anda pada talian Hotline Wisma Aman (013-3195449) supaya tindakan segera dapat diambil. Jika terdapat sebarang kecurigaan contohnya seseorang yang tidak dikenali bermundar-mandir dalam kawasan larangan di dalam kawasan anda seperti di kolej-kolej atau fakulti, boleh juga hubungi terus ke talian hotline Wisma Aman.
PMUKM juga berharap agar siswi-siswi sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang sukar dijangka. Nasihat daripada kami, jangan membenarkan sesiapa sahaja orang luar lebih-lebih lagi yang mencurigakan memasuki ke dalam kolej kediaman sewenang-wenangnya. Tambahan, elakkan diri anda berjalan berseorangan dalam kawasan-kawasan yang sunyi atau gelap. Ajaklah kawan-kawan anda sebagai peneman jika ingin berjalan ke mana-mana sekali pun dalam kawasan UKM.
Antara faktor-faktor kes kecurian yang terjadi baru-baru ini adalah disebabkan kelalaian pelajar itu sendiri. Perlu diingatkan kepada mahasiswa sekalian, pastikan kunci bilik anda sebelum melangkah keluar dari bilik walau sekejap mana pun. Akhir sekali, peringatan buat semua mahasiswa-mahasiswi sekalian untuk melaporkan segera kes-kes ini secepat yang mungkin kepada pihak berkuasa seterusnya mampu membendung sedikit sebanyak kes ragut dan kecurian ini berlaku.
Kami PMUKM CAKNA KEBAJIKAN MAHASISWA.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI