Sabtu, November 24, 2012

MAJLIS PENUTUPAN SUKEM '12

Para peserta perbarisan SUKEM
 22 Nov 2012 – Hari ini, merupakan satu lagi detik kemanisan bagi warga Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pada tarikh tersebut telah berlangsungnya majlis penutupan SUKEM bagi meraikan para atlit yang berhempas-pulas untuk beroleh kemenangan dalam acara-acara SUKEM sebelum ini. Bibir tersenyum, hati tertawa saat menghadiri majlis gilang-gemilang ini apabila melihat telatah  penyokong-penyokong atlit dan juga maskot-maskot yang  berbakat sekali dalam melakukan aksi-aksi spontan sehingga menggamit hati penonton. Bukan itu sahaja, kilauan cahaya yang berwarna-warni dari pakaian para peserta perbarisan disertai pula dengan cahaya gemerlapan dari setiap penjuru stadium turut mencorak suasana yang amat ceria dan mampu memberikan kenangan indah yang tidak mampu dilupakan bagi sesiapa sahaja yang menghadirinya.

Senyuman semakin melebar tatkala bonda tercinta Naib Canselor Y.Bhg. Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin memberikan janji untuk mempertimbangkan dana bagi kemudahan sukan di kolej-kolej dan PMUKM pasti itu merupakan satu mesej tersirat supaya mahasiswa UKM meminati sukan di samping meningkatkan kualiti sukan UKM. Walau ceria suasana, walau gembira tak terkata saat itulah keinsafan datang menjelma apabila melihat peserta perbarisan dari Kolej Keris Mas mengibarkan banner yang terpampang jelas ‘FREE GAZA’  lantas mengingatkan penonton tentang penderitaan dan kesengsaraan rakyat-rakyat Palestin yang seperti tiada kesudahan. Kemuncak majlis diiringi dengan persembahan bunga api yang berwarna-warni menandakan tamatnya majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

Akhir kata,PMUKM mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Kolej Aminuddin Baki yang merangkul juara keseluruhan dalam SUKEM 2012 ini serta para pemenang,tidak lupa juga kepada para penganjur SUKEM yang berpenat lelah dalam usaha untuk memberikan kualiti yang tebaik sepanjang SUKEM dijalankan,kepada peserta-peserta kolej terutamanya peserta-peserta dari Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Tun Syed Nasir yang sanggup hadir ke UKM Bangi walaupun berjauhan. Tahniah juga kepada pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan, Muhamad Faiz kerana berjaya merangkul emas dalam acara catur berpasukan. Pesanan ringkas dari PMUKM.. jika letupan bunga api mampu gegarkan satu UKM..!!  maka sehebat itu juga kita akan gegarkan seluruh IPT..!! PMUKM yakin dengan kualiti-kualiti atlit yang ada ini mampu memberikan saingan hebat kepada IPT-IPT lain dalam acara SUKIPT dan MASUM kelak. Ayuh..!! Atlit hebat..!! UKM dasyat..!! sekian.

MPP Faiz bersama warga UKM dan trofi kemenangan

Free GAZA..! ,kata warga KKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI