Selasa, November 06, 2012

UKM, KKK BEREBUT 'IBU SEGALA EMAS'



PERTEMBUNGAN merebut ibu segala pingat emas yang membabitkan acara bola sepak dijangka sengit apabila Kolej Komuniti Kedah (KKK) bertemu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan masing-masing tampil bersama misi peribadi. Bagi KKK, peluang ke final menjadi medan terbaik mencipta sejarah muncul selaku kolej komuniti sulung memenangi gelaran di temasya yang julung kali diadakan ini.

“Kami berada di landasan tepat untuk mencipta sejarah KKK. Malah, kami berada di tahap 100 peratus terbaik untuk melaungkan cabaran kepada lawan. “Apatah lagi, skuad bebas dari kecederaan dan tiada pemain yang digantung.


“Disokong semangat pasukan memburu ibu emas pertama temasya, pastinya membantu kami untuk berjuang mati-matian di final,” kata pengurus pasukan KKK, Muhammad Amirul Abdullah.

Pada aksi penentuan, KKK bakal bertemu UKM di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) jam 8.45 malam ini. Meskipun akur dengan semangat ditonjolkan KKK, UKM tidak gentar untuk meletakkan sasaran sama apatah lagi baru saja muncul pemenang pingat perak di temasya Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) di belakang UiTM tahun lalu.

“Pertembungan penentuan ini pastinya sengit dengan kedua-dua pasukan meletakkan misi sama. “Sememangnya KKK lebih berpengalaman tapi kami punya strategi tersendiri untuk mengatasi cabaran lawan. Jika berjaya, ia bonus buat UKM,” kata pengurus pasukan UKM, Sulaiman Hussin.

Sumber : myMetro

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI