Khamis, November 15, 2012

TOKOH MAAL HIJRAH 1434H/2012M


Abdul Hamid Othman Tokoh Maal Hijrah 2012



JOM CAKNA: PUTRAJAYA, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, hari ini diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2012/1434H.

Abdul Hamid dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim SikKedah. Beliau adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri . Beliau dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr MahathirAbdul Hamid merupakan penerima pertama biasiswa kerajaan Malaysia menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, bersama empat orang lagi pelajar lain dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam pada 1961. Selepas bersara, beliau menjadi Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd. Beliau juga Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja).

Abdul Hamid yang pernah menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri (2001 hingga 2009) meninggal dunia pada 23 Disember 2011 selepas diserang penyakit angin ahmar. 

Berikutan itu, keluarga beliau membawa pulang wang tunai RM100,000, sijil penghargaan, plak dan pingat daripada kerajaan Malaysia. Majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempurna majlis sambutan Maal Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi. Hadiah itu disampaikan kepada isterinya, Puan Sri Jamilah Mohd Said.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI