Gambar sekadar hiasan |
Belum sempat habis satu masalah,
masalah lain pula menjelma di perbukitan ilmu yang kononnya tenang, UKM. Isu bas
tidak tepati masa, pemandu kurang beretika dan tidak termasuk lagi aduan yang
tidak terhingga banyaknya diterima. Pada masa yang sama, isu hangat kerap
menjengah tiap tahun, isu terputus bekalan air bagai tiada penghujungnya.
Kini,
keselamatan mahasiswi pula tergugat. Mereka berhadapan dengan masalah besar
lagi berbahaya, silap berkira boleh mengancam nyawa. Isu keselamatan di kampus yang tenang
menjengah tiba, iaitu kes ragut dan rompak. Siapa sangka Universiti Kebangsaan
Malaysia yang diuar-uarkan sebagai kampus yang tenang, aman daripada sebarang kekacauan,
kini keamanan dan keselamatan itu seolah-olah dirobek dan dicabul sesuka hati. Tetapi,
isu-isu ini siapa yang rasa??? KITA juga..SIAPA??? KITA MAHASISWA…yang di
atas???Ohh..lupa…mereka tidak rasa.
Untuk makluman, sehingga kini, PMUKM telah menerima banyak kes yang berkaitan dengan kes ragut dan rompak sejak pertengahan bulan Oktober, termasuklah yang terkini, pejam celik sebenarnya tempoh masa kes ragut adalah kurang dari tempoh sebulan!!!. Berikut adalah antara senarai kes ragut yang diterima oleh PMUKM.

13.10.2012 : Tempat Parkir kereta
Kolej Ungku Omar
17.10.2012: Dataran Gemilang
Kolej
Zaba
18.10.2012: Tempat Parkir
Bangunan Biologi
21.10.2012: Fakulti Pendidikan,UKM
05.11.2012: Kolej Rahim Kajai
Dianggarkan kos kerugian
keseluruhan menjangkau hampir RM 5000.
Tidak cukup suam lagi kes ragut yang menjengah di Kolej Rahim Kajai, sumber maklumat yang sahih kami dapati, sekali lagi kolej tersebut dikejutkan apabila terdapat seorang lelaki yang menyamar sebagai perempuan dengan memakai tudung berlegar di dalam pangsasiswi di kolej berkenaan. Ini menjadi kebimbangan kepada setiap penghuni kolej, di mana pengawal keselamatan yang bertanggungjawab. Ikutkan telah banyak aduan pelajar diterima, tetapi tindakan??? Bagai angin bertiup berlalu.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI