Ahad, November 04, 2012

PENGESAHAN MASUK PEPERIKSAAN AKHIR SEM 1 SESI 12/13



Dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 akan dijalankan pada 2 hingga 20 Januari 2013. Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013. 


Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 5 hingga 11 November 2012. Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan ialah seperti berikut:
a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang Sah.
b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 12 November 2012.

Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan Universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, sila berbincang dengan Bahagian Kewangan Pelajar untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

(epelajar/bul/bil.16102012-29)

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI