Khamis, Disember 15, 2011

Program Pembangunan Keusahawanan & Kerjaya 2011 (PPKK'11)

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) akan menganjurkan Program Pembangunan Keusahawanan & Kerjaya 2011 (PPKK'11) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS UKM (UKM-CESMED)

Program keusahawanan di bawah Biro Keusahawanan dan Kerjaya, PMUKM ini bakal berlangsung;
Tarikh: 16-18 Disember 2011
Tempat: Kem Mega Crystal, Kuala Selangor

Objektif program berbentuk praktikal ini diadakan untuk memupukkan semangat berdikari dan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta memberi galakan untuk bekerja sendiri dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya.


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saudara Muhammad Naszman bin Bukhari di talian 017-9536728

* Pendaftaran juga boleh diadakan di bilik Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Aras 3 Pusanika atau bagi mahasiswa UKM Kampus PPUKM Cheras (MPP Idrul - 0196604483) dan Kampus KL (MPP Hatem - 0139702378).