Khamis, Disember 01, 2011

Pengumuman Pusat Kebudayaan UKM


1. Program Festival Seni UKM 2011 (epelajar/bul/bil.01122011-03)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Pusat Akreditasi Pembelajaran Bahagian Kokurikulum UKM akan mengadakan Festival Seni UKM 2011 (Seni Muzik, Seni Mempertahankan Diri, Seni Lakon, Seni Rupa, Seni Tari, Persembahan Pentas (Muzik & Tarian) dan lain-lain.

Tarikh : 2 hingga 4 Disember 2011
Tempat : Panggung Seni & DECTAR UKM.

Jadual program adalah seperti berikut.


2. Pengesahan Ahli ARTISUKMA (epelajar/bul/bil.01122011-04)

Bermula 1 Disember 2011, Urusetia ARTISUKMA UKM akan mengadakan sesi pengesahan tahunan bagi semua pemegang kad keahlian ARTISUKMA bagi menilai penyertaan ahli aktif dalam keseluruhan persembahan & aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Urusetia ARTISUKMA sepanjang tahun 2011. Semua ahli ARTISUKMA berdaftar yang memiliki kad keahlian diminta untuk hadir bagi mengemaskini maklumat mereka mengikut tarikh dan masa seperti di bawah :

Tarikh : 1 – 31 Disember 2011
Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang (Waktu Pejabat)
Tempat: Pusat Kebudayaan, Aras 3 DECTAR


Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:

Tel : 03 89215240/5342
Alamat : Pusat Kebudayaan JPPel, Aras 3 DECTAR, UKM 43600 Bangi, Selangor