Khamis, Disember 08, 2011

Pihak JPP jawab isu air

Sumber : MPM Ezuan

Bangi, 7 Dis - Keseriusan PMUKM dalam memperjuangkan isu air akhirnya telah membawa kepada satu pertemuan antara PMUKM dengan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Prof Madya Ir. Dr. Abd Khalim Abd Rashid. PMUKM yang diwakili oleh Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad selaku Setiausaha Agung telah mendapatkan penjelasan ekoran daripada masalah air di beberapa buah kolej sejak beberapa minggu yang lalu.

Menurut Pengarah JPP, UKM terpaksa menggunapakai 'double billing' iaitu dua punca sistem air untuk menampung bekalan air dalam kampus UKM Bangi. Sistem dua punca air ini amat perlu bagi menampung penawaran dan permintaan (supply & demand) warga UKM yang semakin meningkat.

Pihak JPP juga memaklumkan, UKM sebelum ini menggunakan dua tangki simpanan berkapasiti 2 juta gelen dan 1.5 juta gelen. Tetapi baru-baru ini salah sebuah tangki ditutup atas faktor-faktor teknikal. 


Kesan daripada sistem 'double billing' ini, UKM terpaksa menanggung dua bil yang berpunca daripada meter pembinaan yang menyambungkan paip tersebut ke tangki utama dan meter utama yang menyalurkan ke fakulti-fakulti dan kolej-kolej.

Apa pun, kami di peringkat PMUKM menggesa isu ini akan segera diselesaikan biar apa pun cara dan kaedahnya sebelum isu ini bertambah melarat.


"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"