Hari Orang Kurang Upaya Sedunia |
Diisytiharkan oleh PBB pada 19 Oktober 1992 dengan menetapkan setiap 3 Disember adalah hari orang kurang upaya. Kabinet dalam mesyuaratnya pada 12 Oktober 1994 telah mengesahkan 03 Disember setiap tahun sebagai hari kurang upaya peringkat Kebangsaan. Dianggarkan 1% rakyat negara kita adalah terdiri daripada golongan Orang Kurang upaya.
Prihatinkah masyarakat kita dengan golongan mahasiswa OKU?
Luangkan sedikit masa dan tanyalah diri anda.
Prihatinkah anda?
Sedarkah kita tentang keperluan mereka terhadap sedikit
bantuan kita yang sihat walafiat dan bertenaga penuh ini?
Jadi, hari ini, 3 Disimber 2012, sama-samalah kita lakukan perubahan. Prihatinlah dengan keperluan orang kurang upaya.
Hormati hak-hak mereka. Selagi anda sihat walafiat, mampu menguruskan diri dengan sempurna tanpa bantuan orang lain, bersyukurlah. Lahirkan kesyukuran dan keinsafan itu dengan membantu OKU. Sedikit sahaja bantuan anda, begitu besar maknanya bagi mereka.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI