Sabtu, Disember 08, 2012

RAMAH MESRA AHLI MPP PMUKM BERSAMA PENTADBIRAN PUSAT KESIHATAN

Pusat Kesihatan UKM
22 November 2012 - Ahli MPP PMUKM saudari Nur Hidayah, Izati Othman dan saudara Ahmad Shukran telah berjumpa dengan pihak pentadbiran Pusat Kesihatan yang diketuai oleh Ketua Pusat Kesihatan Dr Roslan.


Pertemuan ini bertujuan untuk beramah mesra antara Ahli MPP dan pihak pentadbiran Pusat Kesihatan dan mengetahui jenis perkhidmatan daripada pusat kesihatan. Perkhidmatan perubatan disediakan khas untuk para pelajar dan semua warga UKM. Perkhidmatan pergigian turut disediakan di Pusat Kesihatan UKM. Para pelajar hanya perlu membuat temu janji terlebih dahulu sekiranya ingin membuat pemeriksaan gigi kecuali kes kecemasan.
Surat jaminan bertempoh sepanjang semester pelajar, sekiranya tamat, boleh diperbaharui selagi digelar pelajar berdaftar. Surat jaminan boleh digunakan sewaktu pelajar yang mengalami kecederaan akibat kemalangan untuk pengecualian pembayaran yuran hospital dan membolehkan pelajar dipindahkan ke wad kelas ke-2. Namun, surat tersebut tidak boleh digunakan untuk kes kronik seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya.

Untuk makluman para pelajar, fogging akan dilakukan dua kali setahun ketika cuti semester. Kebersihan kafetaria adalah di bawah selenggaraan  Pusat Kesihatan, dan sekiranya terdapat masalah tentang kebersihan kafetaria, pelajar boleh terus buat aduan ke efact atau terus ke pejabat Pusat Kesihatan.

Perkhidmatan Kecemasan
- Pegawai perubatan 0126485541

-Pegawai Paramedik 0126485542
- Van Ambulans 0126485546

Bantuan kecemasan di kolej disediakan oleh BSMM yang telah ditugaskan di setiap kolej. Maklumat lanjut boleh rujuk, JPPEL: Perkhidmatan Pusat Kesihatan

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI