Jumaat, Disember 14, 2012

12.12.12 : TRAGEDI BAS TRANS-RENGIT


Salam mahasiswa.

Ramai yang meminta saya untuk mengulas isu PMUKM berpiket di hadapan Canselori pada tarikh 12.12.2012 yang lalu. Hakikatnya ia bukanlah bertujuan untuk memainkan sentimen politik, namun ia adalah lebih kepada memberi kesedaran, penjelasan berkaitan dengan isu bas ini. Hakikatnya, saya selaku Majlis Perwakilan Pelajar yang menjadi orang tengah terhadap isu ini, cuba untuk memberi penjelasan berkaitan dengan masalah ini. Cumanya, kami di barisan PMUKM amat jelas dengan pembawaan kami yang mana ia bukanlah hanya semata-mata dengan memberi penjelasan. Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, kami telah pun menyatakan beberapa tindakan seperti mengambil inisiatif dengan berjumpa pengurus Trans Rengit di Shah Alam, memberi aduan pelajar kepada Unit Pengangkutan, dan juga kepada Unit Bendahari. ( Selesaikan segera masalah rengit ).

Sudut Pandang MPP Arief Othman
Speaker
PMUKM
Selain daripada itu, atas alasan mulanya bahawa mereka baru sahaja berkhidmat, kami di barisan PMUKM telah turun ke padang pada awal pagi dengan mengambil inisiatif untuk memberi jadual lengkap perjalanan bas disamping laluan untuk perjalanan mereka. Namun begitu, apa yang dikesalkan bahawa selama lebih kurang tempoh 3 bulan ini, masalah ini masih lagi berlaku dan berulang.

Sikap pemandu, kondisi bas, dan sebagainya masih lagi berlaku. Kebetulan pada tarikh 12.12.2012, satu kemalangan telah berlaku melibatkan bas trans Rengit dan juga pelajar Fakulti Undang-Undang. Maka ini adalah sesuatu yang sangat dikesalkan dan saya amat bimbang jika perkara ini dibiarkan sahaja, maka ia mungkin akan menjadi lebih teruk lagi.


Saya akui bahawa kemalangan adalah sesuatu yang tidak dijangka, namun kita perlu mengambil sikap untuk berhati-hati semasa dalam pemanduan. Berbetulan dengan itu, kes yang sama bukan sahaja berlaku di UKM semata-mata, namun ia turut berlaku di UITM. Makanya, persoalan yang ditimbulkan di sini adalah, adakah ia isu yang sengaja dimainkan oleh mahasiswa ataupun perkhidmatan Trans Rengit ini yang bermasalah?

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI