Selasa, Disember 04, 2012

SELESAIKAN SEGERA MASALAH PERKHIDMATAN TRANSRENGIT

CONTOH KES TRANS RENGIT WALAUPUN TELAH
TAMAT TEMPOH PERCUBAAN DI UITM
4 DIS - Untuk pengetahuan semua mahasiswa UKM, tempoh percubaan Trans Rengit sudah tamat pada 3 Disember 2012. Maka daripada itu, PMUKM menggesa agar pihak pentadbiran khususnya Unit Pengangkutan UKM untuk memastikan walaupun sudah tamat tempoh percubaan, maka hasil pengoperasian perkhidmatan ini seharusnya berjalan dengan lebih baik.

Sepanjang tempoh percubaan itu, PMUKM telah menerima pelbagai aduan baik dari segi sikap pemandu, kondisi bas dan masalah pengoperasian. Terbaru, sepanjang tempoh mingu lepas, PMUKM menerima dua kali aduan bas TransRengit rosak menyebabkan para pelajar terpaksa berjalan kaki ke fakulti masing-masing bagi mengelakkan hadir ke kelas lambat. Selain itu, dalam tempoh minggu lepas juga, aduan tentang kemalangan bas Transrengit dengan kenderaan milik seorang mahasiswa Fakulti Kejuruteraan. (Transrengit: Kemalangan yang melibatkan Transrengit di UITM)

Oleh itu, PMUKM kali ini menggesa sekeras-kerasnya agar tindakan yang lebih serius perlu diambil oleh pihak pentadbiran kerana kes ini bukan hanya melibatkan keselesaan mahasiswa dengan kemudahan yang disediakan, bahkan melibatkan keselamatan mahasiswa di UKM. Sepanjang tempoh percubaan 3 bulan ini, PMUKM telah menerima pelbagai macam aduan dan beberapa tindakan telah kami ambil untuk menyampaikan suara mahasiswa kepada pihak pentadbiran antaranya:

03.10.2012 : Berjumpa dengan Unit Pengangkutan tentang masalah Pengangkutan Transrengit
05.10.2012: PMUKM memantau pergerakan dan kondisi bas.
08.10.2012: Penubuhan jawatankuasa Rengit, (PMUKM menubuhkan jawatankuasa isu bas)
09.10.2012: Barisan MPP PMUKM telah turun ke perhentian bas di Kolej KKM dan Kolej Za'ba untuk memantau sendiri pergerakan dan kondisi bas serta memberi jadual masa bas kepada setiap pemandu bas.
10.10.2012: PMUKM menghantar aduan mahasiswa ke Pejabat Operasi Rengit Shah Alam. (Transrengit: Aduan Mahasiswa Diterima Baik Pihak Transrengit)
12.10.2012:Menghantar aduan pelajar ke Unit Pengangkutan.
21/11/2012:Menghantar aduan pelajar ke Unit Bendahari ( Unit Bendahari menguruskan tender bas).

Menurut MPP PMUKM, Saudara Arief Othman yang mengetuai jawatankuasa isu bas ini berkata, perkara ini tidak akan terhenti di sini. Selagi mana perkara ini tidak selesai, beliau dan jawatankuasa yang lain akan terus berjuang membawa suara mahasiswa UKM dan selagi mana mahasiswa masih merungut, ertinya, pasti ada sesuatu yang perlu lebih diteliti.

MPP Arief Othman baru-baru ini berkata " Kita akan meneliti isu ini dengan lebih mendalam dan jika didapati masih lagi mempunyai masalah yang sama berulang walaupun aduan dan tindakan telah dibuat, maka saya dan ahli jawatankuasa saya tidak akan teragak-agak untuk membawa masalah ini ke peringkat lebih tinggi."

Oleh itu, PMUKM berharap agar semua mahasiswa cakna dan membawa bukti yang benar-benar konkrit serta tidak takut untuk mara kehadapan menyatakan aduan berkaitan dengan perkhidmatan bas.

Sebarang aduan boleh terus hubungi:
Mohamad Arief Othman
Speaker
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
013- 296 9689

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI