Selasa, Disember 04, 2012

RAMAH MESRA PMUKM DAN MPP IPT BERSAMA KSU DI UPM


MPP PMUKM Bergambar Di Banner Ramah Mesra Bersama Ketua Setiausaha KPT
2 Disember 2012, wakil PMUKM yang terdiri daripada MPP Mustafa, MPP Azrai, MPP Zulajma, MPP Izati, MPP Afiah, MPP Afifah, MPP Low Mee Yein dan MPP Kinanda telah menghadiri perjumpaan MPP IPT  bersama KSU KPT iaitu Datuk Ab. Rahim Md. Noor.

Perjupaan yang berlangsung selama 2 jam bermula 10 pagi hingga 12 tengahari bertujuan memberikan inspirasi baru kepaa MPP baru untuk membantu kerajaan dalam membina negara yang hebat. Kesempatan ini juga, Datuk Ab. Rahim mengucapkan ucapan tahniah kepada barisan MPP yang baru dilantik dan menasihatkan agar setiap individu MPP menjadi golongan yang terulung dan terhebat dalam bidang masing-masing.

Beliau turut menyuarakan hasrat perdana menteri untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai negara yang maju dalam segenap bidang. Selain itu, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abul Razak juga menasihatkan agar mahasisa/i membuat anjakan paradigma serta berfikiran luar kotak untuk bersama-sama dalam transformasi negara, seterusnya dapat memajukan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau turut berkongsi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berperanan sebagai mothership of national greatness yang berteraskan kepada 3R Relevant, Referred dan Respect.


MPP UM dan MPP PMUKM sempat bergambar bersama Datuk Ab.
Rahim KSU KPT

Disamping itu, beliau juga sempat menceritakan serba sediit tentang diri beliau yang merupakan anak felda dan menasihati MPP agar merancang perkara yang ingin dicapai dalam kehidupan serta tidak lupa juga berkongsi tips kejayaan seorang pemimipin. Datuk Ab. Rahim menggalakkan para MPP supaya menjadi MPP berdedikasi dan  membaca memoir Tun Abdul Razak yang menegaskan pentingnya perpaduan dan integrasi nasional.

Dalam slot yang terakhir, MPP diberi peluang untuk bertanyakan sebarang permasalahan dan respon hasil daripada perjumpaan sepanjang program tersebut. Di peringkat PMUKM, kami melihat pertemuan ini adalah pertemuan yang sangat berharga dan mengharapkan agar lebih ramai pemimpin Negara agar turun padang untuk bersama pemimpin IPT.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI