Jumaat, April 10, 2009

MPP Mahasiswa Terkehadapan Membela Mahasiswa





Dewan Anuar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi – Bicara Siswa bertajuk “ Keselamatan Mahasiswa, Tanggungjawab Siapa ” telah berjaya diadakan dengan jayanya. Program anjuran MPP UMUM Tahun 3, Saudara Hisyamuddin Che Ali dengan kerjasama PERDANA, telah berjaya dihadiri hampir 100 lebih mahasiswa.


Forum yang menampilkan Encik Ramalingam, Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Asistant Senior Tolha Abdullah, Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kajang, dan juga Leftenan Bersara (LDM) Saidi Sarop, Timbalan Ketua Wisma Aman UKM. Majlis itu telah dirasmikan oleh Prof Emeritius Datuk Abd Latif dan forum tersebut turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi, Senior Asistant Zubir Bin Simin.


Forum yang bertajuk ‘Keselamatan Mahasiswa, Tanggungjawab Siapa” itu telah berjaya membuka minda mahasiswa akan kejadian jenayah yang berlaku di UKM dan sekitar Bangi. Juga forum ini turut memberikan satu ilmu kepada mahasiswa untuk mengetahui tentang siapakah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka di Kolej. Sama ada pihak Wisma Aman, Polis mahupun mahasiswa itu sendiri.


Menurut Profesor Emiritius Dr Latiff, beliau menyatakan bahawa isu keselamatan amat penting buat mahasiswa dalam menjalani kehidupan di kampus. Tambahnya lagi bahawa semasa beliau belajar di UM dahulu, mahasiswa tidak kisah dengan isu keselamatan bahkan mereka seringkali mencabar pihak berkuasa dengan berdemontrasi dan mengecat papat tanda yang berbahasa inggeris dalam Demontrasi Papan Tanda pada awal 70 an dahulu. Beliau yang juga mantan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi turut berseloroh bahawa zaman dahulu jenayah yang paling banyak berlaku ialah jenayah curi, yang pada ketika itu kecurian barang makanan paling kerap berlaku.


Majlis forum pada malam itu telah dipengerusikan oleh Saudara Mahfuzan Gaddafi Mahmud, MPP Fakulti Pengajian Islam Tahun 3. Sesi forum terbahagi kepada dua iatu sesi penerangan dan soal jawab. Menurut Saudara En. Ramalinggam yang juga merupakan felo di Kolej Ungku Omar, beliau menyatakan bahawa mahasiswa juga merupakan penyumbang utama kepada kejadian jenayah kerana kecuaian mereka menyebabkan berlakunya jenayah. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa yang mempunyai kesedaran tentang perkara-perkara keselamatan adalah kurang dan mahasiswa pada hari ini lebih berminat kepada aktiviti-aktiviti hedonisme yang menurutnya merupakan pembunuh kepada nilai mahasiswa itu sendiri.


Ahli Panelis kedua, , Asistant Senior Toha Abdullah, Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kajang pula banyak menyentuh tentang kejadian jenayah yang berlaku di sekitar Kajang dan Bangi. Beliau turut menyatakan bahawa jenayah di Kajang masih terkawal tetapi masih wujud gejala-gejala jenayah di UKM yang boleh mengancam keselamatan siswa. Beliau turut mengajak hadirin yang hadir ke forum tersebut untuk mendaftarkan diri sebagai rakan cop.


Dan bagi panelis ke tiga yang merupakan Timbalan Ketua Wisma Aman, beliau menyatakan kekesalan kerana jenayah masih berlaku di UKM walaupun langkah keselamatan telah diperketatkan. Belaiu turut menyeru mahasiswa bekerjasama dengan Wisma Aman untuk bersama-sama membantu dalam membasmi jenayah di UKM ini. Beliau turut memuji aktiviti forum ini kerana dapat membuka minda mahasiswa tentang isu keselamatan. Sambil berkongsi pengalaman bagaimana payahnya memberikan penerangan kepada mahasiswa tentang isu keselamatan ini. Beliau turut menceritakan terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum sesi penerangan dapat diberikan kepada mahasiswa di Kolej. Itupun hanya dapat mengumpul hadirin tidak kurang 10 mahasiswa.


Bagi penganjur bersama yang juga merupakan MPP Umum Tahun 3, Hisyamuddin Che Ali, beliau menyatakan kegembiraan atas kejayaan forum ini yang dapat memberikan output berguna kepada mahasiswa berkaitan isu keselamatan. Beliau yang juga merupakan pelajar Undang-Undang turut menyatakan bahawa forum ini sebagai batu loncatan untuk MPP Mahasiswa bergerak lebih terkehadapan, dalam menangani isu keselamatan mahasiswa.


Forum itu berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Pengunjung yang hadir menyataka rasa teruja dengan ilmu yang disampaikan oleh ketiga-tiga panelis inia. Mereka turut berharap agar keselamatan mahasiswa akan terus diperjuangkan oleh MPP yang diundi oleh mahasiswa itu sendiri.