Selasa, Julai 26, 2011

CCTV : Satu Penjelasan

26 Julai 2011- MPP Mohd Faizal Bin Ahmad bersama MPP Wan Ahmad Fahmi Bin Wan Abd Hamid berjumpa dengan Ustaz Muhammad Hafiz Bin Othman Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM mengenai isu pemasangan CCTV di dalam ruangan solat perempuan.

Hasil daripada perkara yang diusulkan oleh MPP Mohd Faizal Bin Ahmad pada bulan Mac yang lalu, pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) dengan kerjasama Pusat Islam telah membuat keputusan untuk melakukan pemasangan CCTV dengan kelulusan pihak atasan pentadbiran UKM. Pemasangan CCTV ini dilakukan berikutan kes  kecurian yang sering kali berlaku di dalam Masjid UKM yang menyebabkan banyak kehilangan barangan berharga seperti komputer riba, dompet duit dan sebagainya.

Justeru pemasangan CCTV ini diharapkan dapat menjadi faktor pengurangan masalah kecurian yang berlaku di dalam masjid UKM dengan pemantauan yang berkala dilakukan oleh pihak Pusat Islam. Menjadi perbincangan semasa oleh warga UKM  tentang  pemasangan sebuah CCTV  di dalam ruangan solat perempuan?

MPP Mohd Faizal Bin Ahmad bersama MPP Wan Ahmad Fahmi Bin Wan Abd Hamid berkesempatan meminta penjelasan daripada pegawai Pusat Islam. Hasil daripada penjelasan tersebut, perkara pokok yang perlu diketahui oleh seluruh warga UKM adalah, notis telah ditampal di dinding masjid UKM supaya berhati-hati dan menjaga aurat. Ruang diluar pengawasan CCTV adalah ruang solat di sebelah kiri wanita dan bilik persalinan.


Bagi kaum perempuan yang ingin memakai kain telekung di dalam masjid, disarankan supaya menukar pakaian di bilik persalinan yang telah disediakan bagi mengelakkan  sebarang kecurigaan. Persolan yang ke-2 pula siapakah pemantau bagi CCTV tersebut? Pemantau bagi CCTV pusat Islam terdiri daripada seorang pegawai lelaki dan perempuan. Untuk pengetahuan, paparan CCTV di dalam ruangan solat perempuan tidak akan dipaparkan kepada “monitor utama”, ianya akan dipaparkan oleh pegawai pusat islam sekiranya terdapat laporan mengenai isu kecurian dan sebagainya di dalam ruangan solat tersebut. Yang akan dipaparkan pada “monitor utama” adalah bahagian ruang solat lelaki.

Pihak PMUKM 2010/2011 mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mengenai  pemasangan CCTV ini dari segi cadangan, tenaga, masa dan sebagainya bagi bersama-sama untuk mengurangkan kecurian yang berlaku di dalam masjid UKM.

“BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"