Selasa, Oktober 09, 2012

BIASISWA JPA TERTANGGUH ?



9 Oktober 2012, Selasa – MPP Ahmad Shukran telah menghubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) JPPel berikutan aduan daripada beberapa orang mahasiswa/i UKM berkenaan kemasukan wang tajaan JPA yang tertangguh. Semua mahasiswa/I UKM yang mendapat tajaan JPA (kecuali mahasiswa/I tahun 1) telah menerima kemasukan wang tajaan pada 25 September 2012 (Selasa) .



          Hasil daripada perjumpaan dengan UKP, senarai nama mahasiswa/i yang berkenaan telah dikeluarkan. Jadi, bagi mana-mana mahasiswa/i yang NO KAD PENGENALANnya tercatat pada senarai yang dilampirkan di bawah (klik di sini), anda dikehendaki :

1. Menyediakan SURAT RASMI (nyatakan nama penuh, no kad pengenalan, fakulti, kursus pengajian, sebab dan rayuan bagi permohonan semula). Alamat penerima bagi surat tersebut ialah :
                Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
                Bahagian Pembangunan Modal Insan
                Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Malaysia

2. Surat yang telah dicetak hendaklah dihantar ke Pejabat Urusan PMUKM sebelum 11 Oktober 2012 (Khamis).
Selain itu, sekiranya masih ada rakan-rakan mahasiswa/i yang bermasalah dengan biasiswa JPA, boleh terus berhubung dengan UKP JPPel atau datang ke Pejabat Urusan PMUKM bagi menyalurkan aduan.

                                       Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti