Selasa, Oktober 23, 2012

SEDERAP MELANGKAH KE ARAH MEREALISASIKAN PAKSI PMUKM

Di hadapan bangunan Kedutaan Besar Republik Indonesia
22 Oktober 2012 – Wakil PMUKM,Marwan Mohd Khir, saudara Ikram Darus,mantan Naib Presiden 1 PMUKM merangkap Presiden Malaysian Indonesian Student Union (MISU), Mohamed Bukhairy ( MPM UM),  Zulhazmi (Presiden PPI UIAM), serta wakil daripada UIAM telah mengadakan perbincangan bersama  Prof. Rusdi Thaib, Ph.D., Pegawai Pendidikan, Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Prof. Rusdi dan saudara Bukhairy
Objektif perbincangan tersebut adalah bagi membicarakan hala tuju mahasiswa-mahasiswi seluruh negara khususnya di antara negara-negara Asean agar mampu mencetuskan kesatuan mahasiswa di rantau Asia mahupun dunia. Kami juga berbincang untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Indonesian Student Union bagi melantik Presiden seterusnya ahli Jawatankuasa bagi sesi yang baru pada pertengahan bulan Februari tahun 2013. 



PMUKM berhasrat bahawa mahasiswa kini seharusnya tidak lagi mempunyai persepsi yang negatif terhadap mana-mana negara-negara Asean contohnya negara Indonesia malah kita perlulah memberikan pertolongan dan sumbangan sama ada dalam bentuk idea atau sebagainya terhadap negara-negara tersebut. Sedarkah kita bahawa Indonesia merupakan pencabar terbesar kuasa ekonomi Asia iaitu China dan India? Persoalan sebegini mampu memangkin dan menjana pemikiran mahasiswa ke arah keintelektualan global.

Menurut Prof. Rusdi, baru-baru ini  telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) di peringkat Nasional dan telah dipengerusikan oleh saudara Yunus (UTP). Beliau juga berharap agar hubungan antarabangsa yang sedia terjalin antara PMUKM, MPM UM, MPM UIAM dengan PPI UKM, PPI UM, PPI UIAM akan terus terbina dengan mengadakan program atau aktiviti oleh MISU yang mampu mewujudkan hubungan silaturrahim di antara semua pihak yang terlibat. Prof. Rusdi sangat positif jika terdapat program atau aktiviti sebegini dilakukan dan beliau menawarkan diri untuk memperuntukkan bantuan bagi program tersebut.

Peranan MISU sebagai ejen khas jaringan antarabangsa mahasiswa menunjukkan mahasiswa di Malaysia mampu untuk duduk semeja berbincang dengan mahasiswa antarabangsa malah mampu menguruskan aktiviti bersama-sama. Walaupun berlainan adat dan budaya, ini tidak menghalang sedikit pun proses penjalinan hubungan antara mahasiswa Malaysia dengan mahasiswa antarabangsa.

Hal ini, dasar program yang dibawa oleh Kesatuan Mahasiswa Nasional atau MISU selari dengan salah satu paksi PMUKM yang dibawa oleh PMUKM sesi kali ini iaitu dasar pengantarabangsaan ke arah kesatuan global. Oleh itu, kami PMUKM sebagai ejen khas jaringan antarabangsa mahasiswa khususnya di bumi UKM cakna terhadap isu berkaitan isu nasional.
Ikram,Pres. MISU dan wakil mahasiswa UM dan UIAM

PMUKM, MPM UM, PPI UIAM, dan wakil mahasiswa UIAM
bersama Pegawai Pendidikan  KBRI, Prof. Rusdi




AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI