Rabu, Oktober 03, 2012

Tran Rengit: MPP BERTEMU UNIT PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN PELAJAR


02 Okt. 2012 – Tiga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM iaitu, saudara Ahmad Shukran bin Shaharudin, Mohamad Arief Bin Othman dan saudara Syafiq bin Isa telah bertemu dengan Penolong Pendaftar Unit Kenderaan, Encik Othman Abdullah. Beberapa aduan dan perbincangan telah diadakan bagi mengetengahkan aduan daripada pihak pelajar beserta berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan.


Seperti mana yang diketahui , Perkhidmatan Bas TransRengit yang bermula operasinya pada 1 september 2012 bagi menggantikan perkhidmatan Bas sebelum ini iaitu Kiffah. Unit bendahari telah memberikan tempoh masa selama 3 bulan bagi menilai prestasi perkhidmatan bas yang baru tersebut. Untuk pengetahuan pelajar juga, Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar juga menyediakan pemantau bagi melihat sendiri bagaimana prestasi perkhidmatan bas ini sepanjang tempoh operasinya.

Selain daripada itu, pada tahun ini, beberapa pembaharuan juga telah dilakukan hanya Bas TransRengit sahaja yang akan berfungsi di dalam kampus manakala Bas UKM akan digunakan untuk program luar kampus. Dalam pada masa yang sama juga, wakil daripada Unit Perkhidmatan Pengangkutan Pelajar berharap agar pelajar memberi peluang kepada TransRengit untuk menunjukkan tempoh prestasinya kerana mereka baru sahaja memulakan operasinya selama hanya sebulan.


“Bayangkan kalau pelajar tahun 1 tersilap naik bas, kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka baru dengan keadaan di UKM. Maka begitu juga dengan perkhidmatan bas yang baru ini. Kenapa semuanya disalahkan kepada pemandu bas? Kita kena ingat bahawa pelajar mengadu dan mereka ada ruang itu, tetapi pemandu ada hak untuk mengadu juga, namun mereka tiada ruang.”

Oleh itu, kami berharap agar mahasiswa memahami situasi keadaan yang berlaku sekarang dan pihak PMUKM optimis bahawa operasi perhidmatan TransRengit ini akan lebih baik berbanding tender sebelumnya. Namun, jika terdapat sebarang aduan, maka bolehlah terus membuat aduan kepada pihak PMUKM. Sebarang makluman boleh disalurkan melalui mpmariefothman@gmail.com (PMUKM) 

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti