Sabtu, Oktober 06, 2012

PENYELENGGARAAN PENCAWANG ELEKTRIK MENGGANGGU WIFI ??


5 Oktober 2012 - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Ahmad Yasyri dan Kinanda Nugraha telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pihak Pusat Teknologi Maklumat untuk bertanya berkaitan isu Wifi yang bakal timbul tidak lama lagi berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Alatubah Utama di Pencawang Eletrik Utama 33 KV, 6 Oktober 2012 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 mlm. 

                                           Antara persoalan yg ditimbulkan adalah : 

1 . Adakah kemudahan WiFi UKM akan beroperasi seperti biasa selepas penyelenggaraaan ataupun perlu menunggu sehingga hari Isnin?
2. Adakah pihak pegawai PTM akan berada di PTM untuk mengaktifkan server supaya semua masyarakat kampus dapat kembali menggunakan kemudahan ini pada waktu mlm?
            


Semua persoalan ini dijawab oleh Encik Jamlus, Pegawai Bahagian Rangkaian Pusat Teknologi Maklumat secara teleconference dan pegawai PTM di kaunter khidmat pelanggan. Beliau menyatakan keaktifan WiFi pada malam 6 Oktober 2012 akan bergantung pada kestabilan server kerana perlu ditutup sepanjang penyelengaraan diadakan. 

Pihak PTM akan berusaha untuk mengaktifkan perkhidmatan selewat-lewatnya pada pukul 10:00malam dan jika permasalahan timbul, akan diusahakan pada hari seterusnya 7 Oktober (Ahad). Beberapa pegawai PTM akan berada di PTM bagi kerja-kerja pengakifan ini.

Kami daripada pihak MPP UKM prihatin terhadap kebergantungan mahasiswa kepada kemudahan WiFi bagi tujuan pembelajaran dan sebagainya. Kami juga akan menggesa pihak tertentu dan menyampaikan maklumat yang sahih agar mahasiswa dapat bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa terdekat ini.


                                                Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti