Khamis, Oktober 18, 2012

Pemakluman Pelantikan Semula Naib Canselor UKM




Pemakluman Pelantikan Semula Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia


Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lemb
aga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin sebagai Naib Canselor UKM untuk tempoh satu (1) tahun berkuatkuasa mulai 28 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2013.



Lembaga Pengarah Universiti mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan berharap semua warga UKM memberi sokongan padu agar YBhg. Tan Sri Naib Canselor dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Universiti.



SUMBER : Pendaftar, UKM

Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti