Selasa, Oktober 02, 2012

Notis Pelekat Kenderaan Pelajar Sesi 2012-2013


 
Buletin Trafik & Unit Kebajikan Pelajar UKM : Pelekat Kereta/Motosikal Pelajar Sesi 2012/2013

Tarikh pendaftaran kenderaan pelajar untuk sesi 2012/2013 adalah seperti dibawah:
Siswazah : bermula 2 September 2012
Pra Siswazah : bermula 2 September 2012
Tarikh kuatkuasa pelekat : 1 Oktober 2012

Prosedur Pendaftaran Kenderaan Pelajar 

1. Pelajar akan dibenarkan membawa kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

2. Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2012/2013 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.

3. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar di kehendaki membawa :
-Lesen yang masih sah digunakan
-Kad Matrik
-Geran Asal atau salinan geran
-Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut

4. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.

5. Pembantu penyelidik yang berstatus pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.

No Tel : 03-89213485, 03-89215327, 03-89215072

Anda boleh membeli pelekat kenderaan UKM dengan harga RM 2.00 di kaunter trafik Wisma Aman, UKM mulai hari ini. Harap maklum.


Sumber - http://www.ukm.my/trafik/default.htm