Sabtu, Oktober 06, 2012

KAFETERIA KTHO

2 Oktober 2012 - Satu masalah telah dikenalpasti dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Ahmad Yasyri dan Azreen Malek telah bersama-sama turun padang dan membuat tinjauan di kafe Kolej Tun Hussien Onn (KTHO) tengah hari tadi.

           
  Masalah mereka adalah tahap kebersihan, kualiti dan variasi makanan serta harga makanan yang tidak seragam malah masalah ini berlanjutan sehingga 3 tahun. Ahli MPP bersama dengan NYDP JAKSA KTHO telah melihat sendiri keadaan makanan, ruang memasak dan ruang penyimpanan bahan mentah mereka diletakkan di atas lantai yang begitu kotor, peti ais tidak diselenggara dengan sebaiknya dan tahap keprihatinan kebersihan makanan diabai. 
        
    Satu laporan lengkap disediakan oleh ahli MPP sebagai satu langkah menyokong usaha JAKSA KTHO sama ada menambahbaik pengurusan kafeteria atau menamatkan kontrak pengusaha kafe terbabit. Jika terdapat sebarang aduan, maka bolehlah terus membuat aduan kepada pihak PMUKM.

                                              Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti