The Asia Foundation (TAF) mempelawa para pelajar yang telah berjaya menerima tempat di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik untuk memohon pembiayaan biasiswa ini dibawah program “Star Student Scholarship Program”.
Program ini ditubuhkan oleh Texas Instruments dengan
objektif untuk memberi peluang kepada pelajar lelaki dan perempuan yang layak
memasuki universiti tetapi terhalang disebabkan oleh kesempitan kewangan.
Biasiswa ini membiayai secara penuh yuran pembelajaran, dan sejumlah baki
peruntukan biasiswa ini juga boleh digunakan untuk membayar kos buku-buku
pengajian.
Kriteria Pemilihan
Keutamaan pemilihan calon bagi biasiswa ini
akan diberikan kepada calon berpendapatan rendah dan telah diterima masuk ke UM
atau UKM. Calon yang terpilih perlu menunjukkan pencapaian serta prestasi
akademik dan komitmen kepada akademik dan ko-korikulum di universiti. Pemilihan
akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:
>Semua
calon adalah dalam tahun KEDUA di UM atau UKM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik,
Elektronik atau Fizik
>Semua calon berjaya mendapatkan PNGK
3.00 ke atas dan cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum
>Semua calon hendaklah berada dalam
pengajian dari tahun 2011 – 2014 dalam kursus yang ditetapkan
>Calon mesti membuktikan kemampuan kewangan persendirian/keluarga
yang tidak melebihi RM2500 sebulan
>Calon yang memiliki keputusan terbaik dari
tahun pertama akan diberi keutamaan dalam proses pemilihan
>Calon boleh menerima pinjaman dari PTPTN
Setiap permohonan diberi penilaian berdasarkan
kriteria yang diberikan dan tawaran akan
diberi kepada calon yang paling layak.
Bergantung kepada tempoh pengajian, pembiayaan dibawah program-program biasiswa
ini akan berlangsung selama tempoh pengajian penuh sehingga tiga tahun. Tempoh
pengajian ini tidak akan diperbaharui. Penerima biasiswa diwajibkan untuk lulus
semua kursus/subjek di setiap semester.
Tarikh tutup permohonan: 2hb NOVEMBER 2012
Sumber : (epelajar/bul/bil.19102012-35)