Isnin, Oktober 29, 2012

TAHNIAH UKM : I-NOVA 12


Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM kerana telah memenangi dua pingat di i-nova (Ekspo Inovasi Islam) 2012 yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Ekspo ini telah diadakan di stadium tertutup nilai dari 20-21 oktober 2012. Pingat perak telah dimenangi oleh kajian yang diketuai oleh Dr Mohamad Azwani Shah b Mat Lazim bersama-sama Dr Siti Aishah Hasbullah, Dr Siti Fairus Mohd Yusoff, Prof Aminah Abdullah, Ayuni Fendy, Mustika Masri dan Aqeela Salfaryna Ab Razak dengan tajuk "Starch-based Edible Plastic and Coating".

Manakala pingat gangsa telah dimenangi dengan kajian yang bertajuk "Multipurposes Spiropyran-based Smart Dye". Kajian ini diketuai oleh Dr Siti Aishah Hasbullah bersama-sama Dr Mohamad Azwani Shah b Mat Lazim, Dr Siti Fairus Mohd Yusoff, Rumaisa Nordin dan Atisya Rohimi.

Syabas!


Sumber : (ewarga/bul/bil.29102012-125)



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI