Selasa, Oktober 16, 2012

PEMILIHAN JAWATAN DALAM PMUKM SESI 2012-2013



Ucapan oleh TNC HEPA
15 Oktober 2012 – Mesyuarat Khas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM Sesi 2012-2013 diadakan di Bilik Gerakan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM bagi proses pemilihan jawatan dalam PMUKM Sesi 2012-2013. Didahului dengan kata alu-aluan oleh Encik Musa Zainal Abidin Othman,Timbalan Pendaftar ,JPPel dan ucapan Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim,Timbalan Naib Canselor,Hal-ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Saudara Arief Othman sedang mempengerusikan
majlis pemilihan MPP UKM 12/13
Seterusnya, saudara Mohamad Arief Othman telah dilantik sebagai speaker majlis bagi mempengerusikan proses pemilihan empat jawatan dalam PMUKM sesi 2012-2013. Proses pemilihan tersebut berlansung dengan aman dan telah diputuskan dengan suara majoriti dalam ahli Majlis Perwakilan Pelajar sendiri.





Berikut keputusan pemilihan jawatan PMUKM 2012-2013:




                                             Speaker PMUKM
                                     Mohamad Arief bin Othman


Presiden PMUKM
Ahmad Shukran bin Shaharudin


Timb.Presiden PMUKM
Mohd Khamis Mohamad Sani



Setiausaha Agung PMUKM
Nor Izati Othman



Bendahari Agung PMUKM
Muhammad Syafiq Md Isa




Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti