Isnin, Oktober 22, 2012

ZIARAH 2.0 : SISWI FEP (MASNI)


MPP Syafiq dan wakil PMFEP bersama Masni
21 Oktober 2012 - Satu delegasi telah menziarahi mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Masni binti Md Ton FEP Tahun 3 jurusan Pentadbiran Perniagaan pengkhususan Kewangan dan Pengurusan Risiko yang cedera akibat kemalangan motosikal pada 21 September yang lepas. Delegasi ini telah diketuai oleh Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM merangkap Yang Di-Pertua PMFEP iaitu saudara Muhammad Syafiq bin Md Isa bersama-bersama Majlis Tertinggi serta barisan Exco PMFEP.
  Bagi makluman semua, saudari Masni telah mengalami kemalangan dan impaknya mengakibatkan keretakan di bahagian buku lali kanan, kecederaan di telinga sebelah kanan serta mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala sehingga menghadapi masalah saraf sekaligus mengakibatkan dia kehilangan sebahagian daya ingatannya.
Majlis bacaan Yasin
   Lawatan kali kedua ini  adalah atas permintaan daripada keluarga Masni untuk mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengetahui dan melihat perkembangan kesihatan terbaru saudari Masni. Setelah genap sebulan dari tarikh kemalangan, kesihatan saudari Masni beransur pulih.
      Selain itu, lawatan susulan ini adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini tentang isu penangguhan pengajian saudari Masni. Setelah menghubungi pihak berwajib dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan hasil dari lawatan pertama, masalah yang timbul sebelum ini berjaya diselesaikan.
Masni tersenyum
     Sepanjang lawatan ini, saudari Masni kelihatan sangat gembira dan ceria kerana dapat berinteraksi dengan rakan-rakan yang turut menziarahinya. Masni dan keluarganya turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
        Kami ahli MPP PMUKM sangat komited dengan isu kebajikan mahasiswa seterusnya akan sentiasa terkehadapan dalam memperjuangkan serta menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswi UKM.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI