10 Oktober 2012 – Ahli Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) UKM, saudara Mustapha Kamil Husin Abdul Kadir telah
berjumpa dengan Encik Kadir, Pegawai Unit Penjanaan Jabatan Bendahari UKM bagi
mendapatkan maklumat pengurusan kafeteria di fakulti-fakulti dan juga kolej-kolej.
Untuk makluman, kafeteria yang berada di fakulti dan Canselori sahaja berada dibawah pemantauan Jabatan Bendahari manakala kafeteria di kolej-kolej beradaa di bawah pantauan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Namun, bagi pengurusan sebut harga kafeteria kolej dan fakulti diuruskan oleh Jabatan Bendahari. Encik Kadir telah memberi peluang bagi melihat sebut harga dan syarat-syarat pemilihan sesebuah pengusaha kafeteria dan antara perkara yang paling penting ialah berkenaan harga makanan dan kebersihan kafeteria. Harga makanan yang telah dipersetujui adalah berdasarkan kemampuan mahasiswa/i namun, pengusaha akan mengubahnya bagi mengelakkan kerugian dan ini berada di luar kawalan Jabatan Bendahari.

Pastikan kafeteria anda mendapat gred sebegini seperti di Kolej Keris Mas |
Kebersihan
adalah berada dibawah tanggungan pengusaha kafeteria masing – masing dan pemantauan
berkala akan dilaksanakan oleh Jabatan Bendahari dan Hal Ehwal Pelajar. Akan
tetapi dokumen pembuktian tahap kebersihan akan tetap disertakan semasa proses
menandatangani kontrak. Selain pemantauan tersebut, pemeriksaan kebersihan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan menyelia kafeteria dan mereka
mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman terhadap kafeteria yang kurang
memuaskan, namun salinan laporan tersebut tidak diberikan kepada Jabatan
Bendahari, mengakibatkan Jabatan Bendahari tidak mengetahui status tahap
kebersihan semasa sesebuah kafeteria.
Disebabkan itu
pihak PMUKM telah memutuskan untuk menjalankan edaran borang soal selidik
berkenaan harga makanan dan kebersihan di semua kafeteria untuk mendapatkan
respon daripada rakan-rakan mahasiswa untuk tindakan Jabatan Bendahari. Selain
itu, PMUKM juga akan menjalankan
kerjasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia agar menjalankan pemeriksaan
mutakhir dan mendapatkan salinan laporan supaya tindakan segera berkenaan
kebersihan dapat dijalankan. Cadangan PMUKM ini telah mendapat sambutan baik
daripada Encik Kadir, dan mengharapkan bantuan seperti ini sentiasa ada bagi
meningkatkan kualiti perkhidmatan di UKM.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti