Khamis, Oktober 25, 2012

PENYELENGGARAAN PRASARANA DEWAN KULIAH FST SIAP DALAM CUTI SEM

Ir. Ab. Ghani Wahab, Timbalan Pengarah JPP UKM
24 Oktober 2012 -  Wakil PMUKM Fakulti Sains Dan Teknologi,  saudara Marwan Mohd Khir dan saudari Afiah Nasuha Aznan dengan kerjasama PMFST UKM telah mengadakan satu pertemuan khas bersama Ir. Ab. Ghani Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UKM. Pertemuan ini merupakan langkah susulan untuk mempercepatkan penggantian dan penyelenggaraan prasarana dewan kuliah di Fakulti Sains & Teknologi.

Beberapa aduan dan perbincangan telah diadakan bagi mengetengahkan aduan daripada pihak pelajar berkaitan prasarana dalam dewan kuliah FST  dan kerosakan di bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi.

Penjelasan lebih lanjut untuk menyegerakan  penyelenggaraan prasarana dewan kuliah di FST telah dijawab oleh Timbalan Pengarah JPP disebabkan oleh beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Pada masa yang sama, perjalanan sistem untuk menyelenggara prasarana terutamanya di fakulti turut diterangkan. Menurut beliau, proses penyelenggaraan prasarana dewan kuliah akan dimulakan minggu hadapan dan dijangka akan siap dalam cuti pertengahan semester.

MPP PMUKM bekerjasama bersama PMFST UKM



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI