Sabtu, Oktober 20, 2012

Tahniah:Kumpulan Sinaran, Jabatan Radiologi, PPUKM


Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, PPUKM kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam Konvensyen Peringkat Antarabangsa pada 14 – 17 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia  ini mempersembahkan projek yang bertajuk "High scattered radiation during mobile radiography examination".

Tahniah  juga diucapkan kepada Kumpulan Mediprima dari Jabatan Maklumat Kesihatan PPUKM kerana telah berjaya memenangi anugerah 10 kumpulan terbaik sektor awam dan anugerah 3 bintang dalam Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan 2012  pada 15 – 17 Oktober 2012 bertempat di KLCC. Sehubungan dengan itu kumpulan Mediprima akan mewakili Malaysia dalam Konvensyen ICQCC 2013 peringkat antarabangsa pada Oktober tahun 2013 di Taipei, Taiwan. 

Turut mendapat kejayaan yang cemerlang adalah kumpulan Benua Cipta - Jabatan Radiologi, PPUKM dan Kumpulan Unitiy- Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM yang memenangi anugerah 3 bintang dlm konvensyen yang sama.
Syabas!

(ewarga/bul/bil.19102012-103)

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI