3 Okt 2012: Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, Tuan
Zul Ajma binti Tuan Ahmad dan Nurhidayah binti Juhari telah mengadakan perjumpaan dengan Unit
Zakat UKM bagi mendapatkan penjelasan
berhubung dengan kelewatan bayaran zakat kepada pemohon zakat pada bulan Jun
dan Julai khususnya pemohon zakat latihan industri dan pelajar yang mengambil
semester pendek.
Menurut Encik Hafizzi bin Mohd
Nor, Penolong Akauntan Bahagian Zakat, kelewatan zakat ini bukan disebabkan
masalah berhubung dengan kelulusan peringkat Jawatankuasa Agihan, dimaklumkan
bahawa pemohon yang berstatus asnaf fakir, miskin dan Ibnu Sabil telah
diluluskan. Namun pemohon yang berstatus asnaf fisabilillah kelulusan
berdasarkan peruntukan yang sedia ada.
Dimaklumkan juga bahawa pemohon
zakat latihan industri yang mendapat elaun semasa berpraktikal, pihak zakat
memohon maaf kerana permohonan anda terpaksa ditolak atas sebab sudah mendapat
bantuan kewangan.
Menurut beliau juga, masalah
kelewatan ini adalah disebabkan Lembaga Zakat Selangor masih tidak meluluskan
peruntukan pembayaran. Namun begitu beliau percaya masalah ini dapat diatasi
dalam masa sebulan lagi. Beliau mengingatkan bahawa zakat bukan penyelesaian
masalah namun ia hanya salah satu jalan untuk mengurangkan masalah.
Selaku ahli Majlis Perwakilan
Mahasiswa, saya berharap agar semua mahasiswa-mahasiswi supaya terus bersabar
dan berdoa agar perkara ini dapat dipercepatkan.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti