24
Okt. 2012 –
Dua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM
iaitu, saudara Mohd Khamis Mohamad Sani dan Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad telah
mengadakan perbincangan dengan Ketua Unit Zakat UKM En Muhammad Tajuddin Abdul
Rahim dan beberapa kakitangan Unit Zakat UKM. Perbincangan ini diadakan
bagi membincangkan tentang usaha sama antara PMUKM dan Unit Zakat dalam isu kebajikan mahasiswa.
Selain
itu juga, kami membincangkan beberapa persoalan yang bermain di bibir mulut
mahasiswa seperti kelewatan pembayaran zakat, sebab-sebab permohonan ditolak
dan sebagainya. Di samping itu juga kami telah sepakat untuk melantik wakil MPP
yang berperanan sebagai ejen penerangan kepada mahasiswa dan wakil suara
mahasiswa yang mempunyai masalah untuk di bawa ke peringkat pengurusan.
Namun
begitu, perbincangan yang lebih terperinci akan diadakan bagi menerangkan
kepada mahasiswa apakah erti zakat yang
sebenar, beberapa syarat dan
prosedur-prosedur terbaru yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Pihak Zakat UKM amat mengharapkan agar mahasiswa faham akan kepentingan wang
zakat dan tidak menggunakan wang zakat untuk perkara yang tidak berfaedah.
AUTONOMI
MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI