Isnin, Oktober 29, 2012

Presiden Sertai Majlis Korban Pusat Islam UKM

Majlis Qurban
29 Oktober 2012 - Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Walillahilhamd.. Majlis Qurban UKM diadakan pada pagi tadi jam 8.20 pg yang dianjurkan Pusat Islam UKM dengan kerjasama Staf UKM, PALAPES UKM, dan KOR SUKSIS UKM.

14 ekor lembu selamat disembelihkan untuk korban dan juga aqiqah dan seekor lembu lagi telah disumbangkan oleh Kerajaan Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dikorbankan.

Majlis berjalan dengan lancar dan turut dihadiri saudara Ahmad Shukran Shaharudin, Presiden PMUKM mewakili PMUKM dalam menjayakan Majlis Qurban tersebut. Kenduri akan dimulakan jam 11.30 pagi ini kepada petugas majlis dan selepas Zohor diadakan kenduri bagi seluruh warga UKM.



Saudara Shukran bersama staf UKM



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI