BANGI, 12 Oktober 2012 - 6.00 Petang, MPP UKM Ahmad Shukran Shaharudin menerima laporan daripada dua mahasiswa UKM berkenaan kehilangan laptop. Menurut salah seorang mangsa kejadian, antara punca berlakunya kecurian tersebut adalah disebabkan kerosakan tombol pintu bilik mereka.
2 Mangsa ini merupakan rakan sebilik, dan kejadian yang berlaku dalam sekelip mata memandangkan peristiwa ini bukan sahaja melibatkan kecuaian mereka sendiri. Aduan kerosakan tombol pintu tersebut telah pun dibuat awal semester ini. Namun, perkara ini sangat mendukacitakan kerana tidak dilayan oleh pihak kolej tersebut.
Sehubungan itu, MPP UKM Ahmad Shukran Shaharudin menyeru dan menegaskan bahawa soal keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Pastikan pintu bilik rakan-rakan mahasiswa sentiasa dalam keadaan berkunci.
Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa, Bersama Mahasiswa.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti