MPP PMUKM bersama Prof Dr Sahrim |
18 Oktober 2012 –
Dua ahli Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM iaitu, saudara Marwan Mohd Khir dan
saudari Afiah Nasuha Aznan serta turut dihadiri wakil daripada Persatuan
Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST), saudari Saidatul Akma Zakaria
telah bertemu dengan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof. Dr. Sahrim
Hj. Ahmad. Beberapa aduan dan perbincangan telah diadakan bagi mengetengahkan
aduan daripada pihak pelajar berkaitan prasarana dalam dewan kuliah FST UKM.
Prof Dr Sahrim positif dengan aduan mahasiswa |
Untuk
pengetahuan, sudah sebulan lebih para pelajar Fakulti Sains dan Teknologi
memulakan kuliah untuk semester satu, namun terdapat kerusi dewan kuliah yang
tidak boleh digunakan, siling bumbung yang hampir roboh atau rosak, papan putih
yang tidak berfungsi, dan pemancar LCD yang perlu diservis. Perkara ini
seharusnya perlu diganti atau diselenggara secepat mungkin agar keselesaan para
pelajar di dalam dewan-dewan kuliah terjaga.
MPP UKM dan PMFST UKM bersama-sama berganding bahu |
Tambahan pula,
pihak pentadbiran FST telah membuat permohonan berkaitan penggantian dan
penyelenggaraan prasarana dewan kuliah FST hampir sebulan yang lepas kepada
pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, KAMI MEWAKILI SUARA MAHASISWA FAKULTI
SAINS DAN TEKNOLOGI UKM DAN PIHAK PENTADBIRAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UKM MENYERU AGAR PIHAK
YANG BERTANGGUNGJAWAB DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA AGAR KEBAJIKAN
MAHASISWA TERJAMIN.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH
VARSITI