8 Oktober 2012 – Seluruh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) UKM sama ada dari Bangi, Kuala Lumpur, dan Cheras mengadakan mesyuarat
buat kali pertama. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Khamis
Mohamad Sani dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri oleh semua MPP yang
hadir. Secara amnya, mesyuarat berlangsung dengan lancar dan harmoni.
Antara
resolusi yang telah disepakati dalam mesyuarat kali ini adalah berkaitan dengan
watikah pelantikan MPP untuk membentuk kabinet PMUKM yang sah bagi sesi
2012/2013. Permasalahan yang berlaku apabila ahli MPP tidak mempunyai watikah
pelantikan ini akan membantutkan sebahagian gerak kerja dalam menjaga kebajikan
mahasiswa UKM. Permasalahan ini telah berlanjutan selama lebih kurang dua
minggu selepas daripada Pilihan Raya Kampus (PRK) dan ianya tidak sepatutnya berlaku.
Justeru
itu, kami menyeru agar pihak yang terlibat cakna akan resolusi kami ini, seterusnya
memudahkan segala gerak kerja dan urusan bagi mempejuangkan hak mahasiswa
seluruhnya.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti