Jumaat, Mac 25, 2011

Penyampaian Anugerah Dekan FEP

Oleh : MPM Muslimah



Jam 3.30 petang Jumaat tadi, saya dan MPM Muhammad Harith mewakili Presiden PMUKM, saudara Ahmad Muzammil ke Majlis Penyampaian Anugerah Dekan Fakulti Ekonomi & Perniagaan. Kami dari PMUKM amat berbangga atas kejayaan rakan mahasiswa/i. Saya sendiri menyokong ucapan dekan FEP yang berhasrat agar rakan-rakan mahasiswa/i dapat meneruskan dan mempertingkatkan lagi pencapaian semester ini. 


Penyampaian Sijil

Namun, nilai keintelektualan mahasiswa tidak harus diukur melalui kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga merangkumi keupayaan mahasiswa tersebut mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya dalam kehidupan mereka. Selain itu, idea untuk melahirkan sarjana-sarjana yang menguasai pelbagai disiplin ilmu harus disokong dan diterjemahkan dalam pelan pembangunan universiti. Suka untuk saya mengingatkan rakan-rakan mahasiswa/i, 


“Belajar sambil mencabar. Pelajaran tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidakkan maju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar”
-Prof. Diraja Ungku Aziz-

Jadi, rakan-rakan mahasiswa/i, ayuh sahut cabaran ini! Marilah kita bersama-sama ke arah menjadi mahasiswa/i yang berjaya di semua sudut, bukan hanya akademik, tetapi juga sahsiah dan juga dalam skop pengamalan dan praktikal. Saya yakin dan pasti, kita semua mampu mencapainya. Namun, umum pasti ketahui terdapat pelbagai ranjau dan liku serta cabaran dan dugaan dalam usaha kearah mencapainya. Tapi, optimislah rakan-rakan! Anda sebenarnya mampu! Kita semuanya sebenarnya mampu! Impossible is nothing!~

MPM Harith bersama salah seorang penerima anugerah dekan, saudara Muhammed Rizki