Selasa, Mac 15, 2011

MPM Muslimah : Pesta Pantun UKM 2011

PESTA PANTUN UKM 2011
PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR & PENYAMPAIAN HADIAH
14 MAC 2011
PANGGUNG SENI, UKM

Oleh : MPM Muslimah

Saya dan Saudari Nurazidah (MPP Umum 1/2) menghadiri Pesta Pantun UKM 2011 Peringkat Akhir.. Kali pertama saya menyaksikan pertandingan yang sangat menguja hati saya. Sungguh hebat para peserta, berpantun secara spontan! Syabas! Dikesempatan ini saya sebagai wakil Majlis Perwakilan Pelajar UKM, mengucapkan Tahniah kepada Kelab Pengajian Melayu yang telah dinobatkan sebagai johan Pesta Pantun UKM 2011. Tahniah juga kepada Kolej Antarabangsa Ibu Zain selaku naib Johan, tidak lupa juga kepada semua peserta yang turut serta. Sama-samalah kita memartabatkan Bahasa Melayu.


Di taman yang indah kita bertemu
Terbang jauh si rama-rama
Bahasa Melayu Bahasa ilmu
Ayuh kita martabatkannya bersama

Mengilham harapan
Mencipta masa depan
Iman dan ilmu kita padukan
Teori dan amal kita gabungkan
Ilmu berkembang Universiti terkehadapan
Melahir mahasiswa cakna dan berketrampilan
Kehidupan terpelihara di bawah Rahmat Tuhan
Bersama menjalankan tanggungjawab dan kewajipan
Terhadap ibubapa, masyarakat, negara, terutamanya kepada Tuhan

Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat di ambil.


Persembahan lakonan
Persembahan Tarian

Juru pantun (Ahmad Fedtri Yahya) dan pemukul gong (Nabilah)
Peserta daripada Kelab Pengajian Melayu
Pseserta daripada Kolej Antarabangsa Ibu Zain

TNC HEPA memberikan ucapan penutupan
Wakil juri berucap

Pemantun terbaik
TNC menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Para pemenang yang berjaya