Rabu, Mac 16, 2011

Kerosakan Mesin ATM BSN di Pusanika

15 Mac 2011: MPM Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol telah membuat aduan gangguan sistem mesin pengeluaran wang (ATM) di Pusanika, UKM Bangi. Dalam hal ini, gangguan terhadap sistem mesin pengeluaran wang BSN telah berlaku dalam masa yang lama iaitu mulai hari khamis 11 Mac 2011 sehinggalah ke hari ini (15 Mac) . Hal ini menyebabkan, mahasiswa/i UKM terpaksa menggunkan mesin pengeluaran wang ATM di bank yang lain seperti Bank Islam dan CIMB Bank menyebabkan mereka akan dikenakan bayaran tambahan RM 1.00.


Perkara ini telah dilaporkan kepada Pengawai Bank Simpanan Nasional yang terdapat di Wisma UNIKEB. Menurut pegawai tersebut, bank ini tidak bertanggungjawab terhadap mesin ATM di Pusanika kerana mesin ATM tersebut telah diswastakan oleh pihak lain

Namun demikian, pegawai bank bertindak tersebut telah menelefon kepada ibu pejabat Bank Simpanan Nasional yang terdapat di Shah Alam untuk melaporkan aduan kerosakan. Kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pegawai bank itu amat memberangsangkan dan kami ucapkan ribuan terima kasih. 

Sekitar jam 10.30 pagi tadi aduan telah dibuat, Alhamdulillah sistem pengeluaran wang ATM BSN di Pusanika berfungsi seperti biasa. Kebajikan mahasiswa/i UKM amat kami pentingkan bagi menjamin keselesaan anda semua. Terima kasih