Jumaat, Mac 18, 2011

Bersama raikan !

Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPM UKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan mahasiswa UKM yang bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai program-program percambahan ilmu yang telah dicadang, disusun, dirancang dengan begitu baik sehingga ke peringkat perlaksanaan program-program tersebut pada hujung minggu ini. 

Tinjauan Krew PM-UKM pada hujung minggu ini mendapati sekurang-kurangnya lima buah telah berjaya disusun dan bakal dijalankan sepanjang malam ini, esok (Sabtu) dan hari Ahad.

Antara program yang pihak kami percaya bakal mendapat sambutan hangat daripada rakan-rakan mahasiswa UKM dan pihak luar termasuklah program 'Malam Persembahan Orkestra Tradisional Artisukma UKM' yang kini sedang berlangsung;  Karnival Sepak Takraw Terbuka UKM 2011 dan Biochemistry Intervarsity Seminar pada esok hari 19 Mac; program Karnival Kesenian Islam anjuran Kolej Ungku Omar, Konvesyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia dan Jejak Siswa Intelek (JAKSI) anjuran ISIUKM.







Turut tidak ketinggalan program forum mahasiswa bersama masyarakat tempatan Bandar Baru Bangi pada esok hari, 19 Mac di Kompleks PKNS bertajuk, "Wacana Mahasiswa Memacu Perubahan Massa."


Turut bakal mengisi kalendar aktiviti program bagi UKM adalah 'Pameran Warisan Ilmu 40 Tahun UKM' mulai 22 Mac hingga 26 Mac 2011.


Apa pun, diharapkan rakan-rakan akan turut serta bersama-sama memeriahkan program-program tersebut.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti!