Rabu, Mac 30, 2011

Kebajikan : Isu Yuran Tambahan

MPP Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol,Wan Ahmad Fahmi Wan Abdul Hamed dan Zaim Juwaidi telah pergi ke Jabatan Bendahari aras 3 Canselori untuk mendapatkan penerangan mengenai isu yuran tambahan sebanyak RM 15 ke dalam akaun pelajar. 


Hasil perbincangan dengan Puan Sarimah dan Puan Khairunnisa yang merupakan pegawai di Jabatan tersebut, sebenarnya yuran RM 15 telah lama dimasukkan ke dalam akaun kewangan pelajar pada tarikh 24 Disember 2010 tetapi hanya para pelajar ketahui ketika minggu pendaftaran kursus awal bermula iaitu pada 21 Mac 2011 sehingga 10 April 2011. Hal ini kerana sekiranya tidak menjelaskan hutang, pelajar tersebut tidak boleh membuat pendaftaran awal kursus sem 1 2011/2012. 

Kami di barisan kepimpinan PMUKM sedar bahawa para pelajar kekurangan wang kerana berada di akhir semester. Masalah kedua ialah sekiranya gagal membuat pendaftaran awal kursus akibatnya, pelajar terpaksa menunggu kemasukan penbiayaan PTPTN yang agak lewat disebabkan status tidak berdaftar. Antara masalah yang dihadapi oleh Jabatan Bendahari ialah proses pembayaran bagi pelajar PTPTN telah dipotong dan bayaran PTPTN telah dimasukkan ke dalam akaun pelajar pada 23 Disember 2010. Sekiranya caj-caj selepas itu 23 Disember 2010, pelajar terpaksa membayar di Kaunter Kewangan Canselori dengan sendiri. 

Masalah yang dihadapi oleh Jabatan Bendahari ialah dibuat kesukaran apabila tidak dapat menyelaraskan yuran kewangan kolej pada peringkat awal dan hanya mampu membuat anggaran kasar. Hal ini mampu Jabatan Bendahari selesaikan apabila semua sistem atau maklumat pelajar dapat diselesaikan selepas beberapa hari kemasukkan pelajar ke kolej kediaman. Antara langkah-langkah yang boleh rakan-rakan mahasiswa/i gunakan ialah:

> Sentiasa mengemaskini dan melihat hutang yuran akaun pelajar. Hal ini berlaku kerana penambahan selepas beberapa minggu pengkuliahan.Lebih baik dijelaskan diawal minggu pengkuliahan sebelum tertunggak di hujung semester.
> Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan wang membayar yuran, bolehlah berhubung dengan Unit kebajikan Pelajar.


 Akhir kata, ayuh rakan-rakan mahasiswa, marilah kita cakna dengan segala keluar masuk dalam akaun kewangan kita.