Isnin, Mac 14, 2011

Semak yuran pengajian anda


Alhamdulillah terus mendepani permasalahan mahasiswa, kami di MPM UKM sesi 2010-2011 berjaya mendapatkan beberapa penjelasan berkenaan yuran yang menjadi antara masalah utama bagi mahasiswa di kampus. 

Hasilnya pihak kami berjaya mendapatkan maklumat hitam-putih berkenaan isu yuran ini. Selanjutnya rakan-rakan boleh menyemak harga yuran yang dikenakan. Sebarang masalah boleh hubungi terus kami di laman sosial Facebook; MPM UKM 2010/2011 atau emel di mppmahasiswa@gmail.com


Semak di >> http://www.ukm.my/bendahari/buletinlampiran/YURAN20PENGAJIAN20PRASISWAZAH%5B1%5D.pdf


p/s : Juga untuk penambahan, bagi mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi, maklumat terbaru dari MPM Aida Rahayu, Nurul Mardhiah Kamaruddin, Nor Amalina Sazali, yuran LI bagi tahun akhir FST sudah dibetulkan dari RM420 kepada RM210. Harga setiap unit untuk LI semester 3 (FST sahaja) adalah RM35. Maka 6kredit x RM35 = RM210. Laporan penuh akan menyusul.