Ahad, Mac 27, 2011

Good Luck For The Exam !


Assalamu'alaikum, salam sejahtera dan salam Mahasiswa Untuk Malaysia!

Mendekati minggu-minggu akhir pengajian bagi semester 2, 2010-2011 ini, kita dapat lihat suasana warga kampus sudah semakin fokus menuju musim peperiksaan.

Untuk makluman, mahasiswa UKM kampus Induk akan menjalani musim peperiksaan bermula 11 April sehingga 29 April nanti. Manakala di bagi mahasiswa Tahun 2 Program Perubatan telah dan sedang menjalani peperiksaan akhir bermula 21 Mac sehingga awal bulan April nanti, manakala mahasiswa Tahun 3 Program Perubatan bermula 25 Mac sehingga minggu ke kedua bulan depan nanti.

Di peringkat Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), kita mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan mahasiswa UKM di dalam peperiksaan akhir semester ini. Optimumkan masa yang ada ini untuk kita fokus kepada proses ulangkaji dan membuat soalan-soalan akhir yang lepas. Juga jangan lupakan untuk memohon kepada Ilahi untuk memakbulkan apa yang kita hajati. Di saat-saat sebegini, kita harapkan rakan-rakan jangan lupakan untuk berbuat kebaikan. Juga jangan lupakan untuk menghubungi ibu bapa di kampung untuk memohon restu daripada mereka.

Semoga apa yang kita hajati akan dimakbulkan-Nya.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti !