Khamis, Mac 24, 2011

Tinta Pengerusi Biro Informasi & Penerangan MPM UKM


Apabila diumumkan jawatan saya dalam kabinet PMUKM sesi 2010/2011, saya tersenyum kerna itulah bidang saya kecimpung sejak di tahun 1. Justeru, langkah pertama bermula dengan perjumpaan dengan Saudara Syafiq selaku ketua editor majalah Aspirasi UKM, majalah rasmi UKM saban tahun. Penerangan dan sedikit perbincangan dengan beliau 18 Mac lalu nyata mengkagumkan saya atas usaha dan kebolehan beliau dalam bidang grafik, penerbitan yang kebetulannya, saya sangat minat!


Pada ketika dihimpit kesibukan menyiapkan tesis, alhamdulillah pada Isnin 21 Mac, telah diadakan sesi fotografi bagi semua MPP UKM di studio kelab fotografi Kolej Aminuddin Baki. Sesi fotografi ditangguhkan kepada hari Rabu 23 Mac bagi mereka yang tidak dapat hadir pada hari Isnin.

Berkenalan dengan ahli sidang redaksi lain iaitu Fahmi dan Omar menyebabkan saya lebih bersemangat apabila didampingi mereka yang cukup memberi komitmen. Ditambah pula dengan 2 orang pembantu saya dalam Biro Informasi & Penerangan (BIP) iaitu Saudara Kamarul Hatem dan adik Siti Nur  Hidayah. Moga kita dapat menjalinkan hubungan kerja yang baik bagi merancakkan BIP!